AkaMikaDari Walid untuk Awlad

NOTIS PRIVASI

Bagaimana AkaMika menggunakan data

Dikemas kini · 22 Julai 2026

Data yang dikumpulkan

AkaMika mengumpulkan nama dan emel penjaga, nombor telefon, negeri, bandar, pilihan pemasaran serta rekod pembelajaran. Bagi anak, AkaMika memerlukan nama panggilan, tahun lahir dan tahap pembelajaran. Jantina anak ialah pilihan dan boleh dibiarkan kosong.

Tujuan penggunaan

Data digunakan untuk mengurus akaun, memberikan sokongan, menyimpan kemajuan dan menyediakan laporan ibu bapa. Masa aktiviti, tahap, kawasan dan jantina pilihan digunakan dalam bentuk agregat untuk memahami serta menambah baik AkaMika.

Diagnostik kestabilan

AkaMika merekod jenis ralat teknikal, kod kegagalan, bilangan kejadian dan laluan halaman untuk mengesan masalah aplikasi, sync dan login. Laluan profil anak dinyahkenal pasti. Rekod ini tidak mengandungi kata laluan, PIN, isi jawapan atau mesej peribadi pengguna.

Maklum balas beta

Jika anda menghantar laporan masalah atau cadangan, AkaMika menyimpan kategori, mesej, halaman berkaitan dan status semakan. Nama dan emel akaun hanya ditunjukkan bersama laporan jika anda memilih untuk dihubungi. Jangan masukkan nama penuh anak, kata laluan, PIN atau maklumat sensitif dalam mesej.

Data yang tidak diminta

AkaMika tidak meminta nombor kad pengenalan anak, alamat rumah, sekolah, lokasi GPS tepat, maklumat kesihatan atau butiran kad pembayaran.

Pemasaran

Mesej promosi hanya dihantar jika ibu bapa atau penjaga memberikan persetujuan khusus. Senarai pemasaran hanya boleh diakses oleh admin AkaMika. Persetujuan boleh ditarik balik pada bila-bila masa melalui Ruang Ibu Bapa.

Hak anda

Anda boleh meminta akses, pembetulan, eksport atau pemadaman data serta menarik balik persetujuan pemprosesan yang tidak wajib.

Untuk pertanyaan privasi atau permintaan berkaitan data, gunakan halaman Hubungi Kami. AkaMika akan mengemas kini notis ini apabila amalan data berubah.